17 Jan 2009. aku kena ada blog. sbb kalau tak boleh gila. kalau tak luahkan, boleh makan diri. kena tabah kena kuat.
semuanya bermula petang tu. Macam satu malapetaka dari langit untuk aku yg bernama isteri. tahun ke 10. petang, pukul 5 lebih, hati ni berdetik. tiba tiba perasaan datang, sesak nafas, degup kencang. asalnya nak buat housekeeping. tapi hati ni menyuruh2 check telefon tu.
terkedek2 check sbb tak tau macamana nak pakai telefon canggih ni. BANG!!!! jumpa... tak sangka jumpa, tak pernah sangka, tak pernah terlintas. now dah tau kenapa hati ni berdebar. sms .... suami dan betina. betina yg aku kenal. yg ramai orang bercakap sebelum ni tapi aku ignore je. sebab aku ingat tak kan la dia nak kacau laki aku. rupanya dia cuba jugak.
kucing ada ikan depan mata, free plak tu, tak kan tak cuba. amboi sms ... ayat berbunga. beradoi, beritu berini. mata ni terus basah. air mata turun laju.... tak henti.. tak boleh stop. mmg tak boleh. aku Istighfar. mintak Allah bagi ketenangan kesabaran kekuatan. tp masa ni lutut jadi lemah. hati jadi gundah. marah ada, sedih ada, rasa kalau tak kerana anak yg aku sayang tu, dan bunuh diri ni tak salah, dah lama aku mati time tu jugak. ingat Allah, ingat Allah. ni dugaanNya.
aku buntu, aku call A- 1st wife club member. dia kata tak tekejut pun. laki dia pun pernah kena, dan masih kena cuma sms tu dah kurang. betina ni baru kawin, aku bukan tak pegi kawin dia. pegi. tapi tak syak apa apa. patut la dia nak pegi sangat. aku yg bodoh ni pun setuju pegi walau jauh. gila. A kata lagi.... bukan aku dan dia saja jadi mangsa. ramai lagi bini lain jadi mangsa dan mengeluh. Ya Allah... bagi la aku kekuatan nak menghadapi Nya. aku tak boleh jadi mcm bini lain. hanya mengeluh. aku kena buat sesuatu. aku yg bersusah lahirkan anak dia. aku yg baja perkahwinan ini sampai masuk tahun ke 10. aku yg telah mengajar hati ini mencintai dia walau sebelum ni, aku lebih berhak menjadi milik orang lain. tapi aku paksakan diri dan aku berjaya. kenapa dia tak hargai semua ni? KENAPA ?
3 hari aku jadi orang yg mati jiwanya. aku hidup untuk anak. aku masih bernafas demi anak. senyum aku untuk anak. gurau aku untuk anak. duka yg ada aku simpan untuk aku. dia dah mula rasa sangsi. kenapa bini mcm org kematian suami. mungkin dlm hati dia, aku blom mati pun, kenapa bini aku mcm org mati laki. mmg dia dah mati. mati bersama aku. aku mati dan aku matikan dia jugak.
3 hari aku simpan jenazah dia dlm rumah, akhirnya aku cuba hidup kembali. aku ckp apa yg aku tau. semua dalam dunia mesti tau apa jawapan dia. TIDAK TIDAK TIDAK kepada semua soalan aku.... tak mengaku. aku pun tau, aku pun dah agak. mana ada pencuri mengaku mencuri, mana ada pembunuh mengaku bunuh. tak apa lah. aku biar dia main dengan dunia dia.
pagi ni dia cuba nak perangkap aku. dia mula sorok telefon dia. tapi check telefon aku. Allah maha besar, aku masuk bilik, nak amik telekung, boleh dia tak perasan. aku tengok saja apa dia buat. kelam kabut tutup phone aku dan buat muka tak bersalah. aku ingat nak tanya, nak simpan ke telefon aku, kot la nak tau sapa telefon aku nanti. kot kot brad pitt ke, david beckham ke, or obama ke.
malam ni aku nak ikut, nak tengok, apa seronoknya bermaksiat dengan betina songsang tu. kenapa mesti pergi jugak walau aku dah cakap aku tak suka. pelik kan mungkin dia tak faham bahasa malaysia. oh mungkin dia nak aku cakap tamil kot. esok aku citer ye....
ada ke orang nak baca...... tak apa aku tulis ni pun sebab aku tak nak hati aku mati kerana dia. aku ada anak.... hidup aku kerana anak aku, hidup aku kerana Allah. Allah saja yang bersama aku sekarang.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)